www.buletinonline.netFriday, January 16, 2009
Rasuah Pilihanraya - RM 100 Diagih-agihkan Jam 2 Dinihari
www.buletinonline.netSaturday, September 13, 2008
Anggota BN-BBC tinggalkan Taiwan kerana taufan, PKR berjaya 'interaksi'
Sumber : www.mstar.com.myPETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan Taiwan awal pagi tadi atas alasan bimbang dengan taufan yang dijangka melanda negara itu hari ini.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi mStar Online berkata, kesemua Ahli Parlimen yang masih berada di Taiwan telah diarahkan keluar hari ini.
Bagaimanapun kata Tian, pihaknya sempat berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen tersebut malam tadi.
Tian berkata, beliau telah diberitahu sendiri oleh Ahli Parlimen yang ditemui semalam bahawa kebanyakan mereka akan meninggalkan Taiwan melalui Hong Kong namun terdapat segelintir daripada mereka dipercayai ke China untuk membeli-belah dan bermain golf.
“Ketika di sini juga, mereka dikawal ketat. Telefon bimbit mereka tidak boleh dipegang oleh orang lain tapi kita tetap dapat berkomunikasi dengan mereka.
“Seperti kata Datuk Seri Anwar, kita ada nombornya. Beliau (Anwar) cakap betul... tidak pernah beliau cakap tidak betul. Cuma memanglah ada halangan (untuk melaksanakannya),” katanya.
Fuziah berkata, beliau akan bertolak pulang ke Malaysia malam ini manakala yang selebihnya dijadual pulang esok.
"Sebab itu kita keluar awal pagi dan penerbangan sepatutnya pada pukul 8 pagi tadi tapi saya tidak pasti sama ada mereka sudah menaiki pesawat atau pun sedang transit di Hong Kong," katanya.
Mereka sepatutnya pulang Rabu atau Khamis ini.
Friday, September 12, 2008
BAWA RAJA PETRA KE MAHKAMAH SYARIAH BUKAN KE ISA

Beliau juga berpendapat tindakan penggantungan ahli yang dikenakan oleh Ahmad itu adalah tindakan UMNO kepada ahlinya, tetapi bagi kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, Ahmad patut didakwa dibawah akta hasutan.
Justeru menurut beliau, memang mudah berlaku perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kaum di Pulau Pinang kerana keadaan orang Melayu terutamanya di sebelah pulau berada dalam keadaan minoriti, sebarang api perkauman memang mudah ditiupkan.
Namun beliau curiga kepada isu yang berlaku kebelakangan ini, kerana kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan isu perkauman apabila ia tersepit.
“Kita ada kebimbangan bahawa perkauman ini sengaja ditumbulkan selalunya apabila UMNO dalam keadaan lemah,
Beliau bimbang siaran itu akan berulang sekarang dan isu perkauman ini akan ditaja di besar-besarkan untuk dilihat bahawa, mahu tidak mahu (rakyat dipaksa menerima) UMNO dan BN adalah penyelemat di Malaysia.
Sebelum itu Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) telah mengedarkan siaran akhbar mengecam tindakan pemerintah UMNO/BN menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Raja Petra.AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.Ketuanya, Shamsul Iskandar berkata, tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.
Tuesday, August 12, 2008
BANYAKNYA UMNO BERHUTANG

Dalam affidavitnya Azim menyebut, UMNO tidak bertanding dalam pilihanraya ke 11, 2004, tetapi yang bertanding adalah Barisan Nasional.
Wednesday, July 30, 2008
GILA NOMBOR PLAT

Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara
| Zaili Muhammad Wed | Jul 30, 08 | 7:26:53 am MYT | |
| MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka. Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558. Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ. Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558. Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100. Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000. Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah. Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta! Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir. Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak. Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini. - mks. _ |
Wednesday, July 23, 2008
HARGA MINYAK DUNIA TURUN LAGI....

VALUE CHANGE % CHANGE
Oil 126.76 -1.66 -1.29
Gold 939.30 - 9.20 -0.97
Natural Gas 10.05 -0.02 -0.17
Saturday, July 19, 2008
14 BUAH E200 KOMPRESSOR UNTUK EXCO-TERENGGANU MULA BERMEWAH-MEWAH

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004. Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan.
“Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya.
Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia. Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebUt.
Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut. Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun. “Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam.
“Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam. ( Sumber dari Buletin Online )